Isnin, 31 Mac 2008
Isnin, 17 Mac 2008
Balik Mengundi PRU ke12
Aku sampai ke negeri jelapang padi dengan penuh bersemangat. Walaupun tiket bas habis dan terpaksa naik bas kilang dan kemudian bertukar kepada bas sekolah akibat bas rosak, namun tidak mematahkan semangat aku untuk pergi mengundi. Aku antara orang yang terawal yang pergi mengundi pada pagi itu. Adik aku yang masih lagi tidak cukup umur (untuk mengundi)pun turut serta melihat proses perjalanan pilihan raya kali ini...
Inilah kali pertama aku mengundi setelah kali pertama tidak berpeluang kerana masih tidak cukup umur (umur bawah 21 tahun) dan kali kedua kerana BOIKOT- sebab tu lah baru tahun lepas aku daftar mengundi. Dan aku percaya masih ramai lagi yang buat macam aku tu. Tapi kecewa juga sebab yang aku pangkah kalah , yang menang hanya DUN sahaja. Tapi aku percaya ianya akan dijadikan iktibar kepada calon dan pengundi di kawasan parlimen aku.
Jumaat, 14 Mac 2008
JALAN-JALAN CARI MAKAN
Bila aku balik mgundi ari tu, kami sekeluarga pi kat Tanjung Dawai makan ikan bakar. Memaaang best....tengok adik aku tu...kalau makan kedai semuanya SEEDAAAP....Sedap...Sedap... Biasalah wording power kalau makan di kedai.
Tapi makan ikan bakar di tepi pantai ni memang sedap. Tom Yamnya pun power...
Yang dok angkat kepala sotong tu Mak Ndak aku. Mak menakan yang paling sporting.
Akhirnya Dapat Juga....
Langgan:
Catatan (Atom)