Selasa, 13 Mei 2008
Tukar Baru
dah bosan so tukar yang baru...lebih feminin!? apa-apa je lah selagi tak jemu dengan nama ni. Lepas ni nak letak nama apa la plak.
Isnin, 12 Mei 2008
Rabu, 7 Mei 2008
Pemurahnya....
Sumber Dari akhbar UM, 7 Mei 2008 yang telah diringkaskan...
Raja Petra Raja Kamaruddin didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menerbitkan artikel berunsur hasutan dalam laman web Malaysia-Today. Ini adalah kali pertama penulis blog didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara tiga tahun jika sabit kesalahan. Raja Petra, 58, tidak mengaku salah terhadap tuduhan menerbitkan artikel bertajuk Let's Send The Altantuya Murderers To Hell dalam laman web www.malaysia-today.net. Hakim Nurmala Salim menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan selama lima hari bermula 6 Oktober 2008. Raja Petra bagaimanapun tidak membayar wang jaminan itu dan ditahan di Penjara Sungai Buloh. Tertuduh diwakili tujuh peguam termasuk Karpal Singh.Peguamnya, K Balaguru, yang ditemui selepas prosiding memaklumkan bahawa Raja Petra tidak mampu menjelaskan jaminan itu. Difahamkan, kempen 'One Person, One Ringgit' dilancarkan melalui laman web Malaysia-Today untuk membantu membebaskan Raja Petra. Mengikut mesej yang disiarkan laman web itu, keluarga Raja Petra merayu orang ramai menyumbang RM1 seorang untuk membantu membayar jaminan itu, manakala wang lebihan yang dikutip akan didermakan ke rumah kebajikan. Terdahulu, Balaguru mengemukakan bantahan awal terhadap kertas pertuduhan itu dengan alasan pihak pendakwaan gagal menyatakan masa kesalahan kes itu dilakukan. Bagaimanapun, Balaguru menarik balik bantahan itu selepas berbincang dengan Karpal Singh. Balaguru juga tidak membantah jumlah jaminan dicadangkan Timbalan Pendakwa Raya Nordin Hassan. Nordin kemudian memberitahu mahkamah, pendakwaan memerlukan tempoh seminggu untuk mengemukakan kes pendakwaan.Sementara itu, Karpal yang ditemui pemberita berkata, beliau menawarkan perkhidmatannya untuk mewakili Raja Petra dan meminta Majlis Peguam turut membantu tertuduh dalam menghadapi perbicaraannya kerana ia adalah kes pertama membabitkan penulis blog di negara ini.
PERTUDUHAN:
Raja Petra Raja Kamaruddin Dituduh menerbitkan artikel bertajuk Let's Send The Altantuya Murderers To Hell dalam laman web www.malaysia-today.net pada 25 April lalu di rumahnya di No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.
Sementara ini pula diperoleh semasa melawat blog http://www.chanlilian.net/:
UPDATES from Malaysia-Today :DONATION IS CLOSED
updates 1616: Account statement made by RPK’s wife on the donation as at 4pm today
From CIMB bank account : RM24,500.00From Paypal account : $3,283.61 USD (net total, after deduction of fee charges by Paypal services)
Message from RPK’s wife and family:
Only RM5,000.00 is needed to bail out RPK. The remaining balance will be given to charitable home of RPK’s choice. We would like to thank you all for your tremendous supports
From CIMB bank account : RM24,500.00From Paypal account : $3,283.61 USD (net total, after deduction of fee charges by Paypal services)
Message from RPK’s wife and family:
Only RM5,000.00 is needed to bail out RPK. The remaining balance will be given to charitable home of RPK’s choice. We would like to thank you all for your tremendous supports
Pemilik blog nak kata: Sebenarnya bukan nak kata tentang RPK tapi tentang pemurahnya rakyat...ikat jamin RM5 ribu, dan menurut laporan diatas beliau tidak mampu membayar (tengok balik UM 7 Mei 2008, kat petikan atas pun dah di highlight merah). Betul ke? tak kisah lah mampu ke tidak. Tapi yang nak ditekankan ialah pemurahnya rakyat? yang memberi sumbangan RM1. Kalaulah RM1 dapat disumbangkan ke saluran yang berkat dan lebih betul alangkah baiknya. kat luar tu ramai lagi yang susah,ibu tunggal, pesakit kronik, beggar...dan kalaulah ramai-ramai peguam tu dapat membantu rakyat malaysia yg ditahan di penjara luar negara kerana tertipu membawa dadah. Alangkah baiknya...
Selasa, 6 Mei 2008
BERAS
Langgan:
Catatan (Atom)



