Rabu, 30 September 2009

Teringinnya...

banyak yg aku teringin dan dah pun dapat:

nak makan kerabu mangga di damansara- dah dapat makan 2 kali waktu posa hari tu. kali ke dua makan sampai 2 pinggan.
nak makan bubur lambuk dari masjid- dah dapat makan tiga kali. dua kali dari masjid taman tun dan sekali dari masjid sungai penchala.
roti canai d restoren mamak d damansara damai- kuah kari dia memang best. sekali tu dapat kuah lain...terus minta tukar kuah kari...memang sedap n puas rasanya.
nak makan lemang - mak teh belah ayah dah buatkan dan dah makan pun raya ke empat hari tu.
makanan yg aku pantang tengok terus nak makan mcm laksa, kuewteow,pelam,dll.
tengok orang makan lagi la best- sedap saja tengok org makan...ishh22...perangai yg x penah aku buat sebelum ni...hai...

Selasa, 29 September 2009

Raya Bersama Suami dan Keluarga

kali pertama beraya sebagai isteri kpd suami tercinta, Amir Saffrudin. Mcm mana perasaannya? tak terkata...gembira, berdebar pun ada (sbb beraya ngn mertua), sedih pun ada (kali pertama x beraya ngn keluarga..huhuu..)perasaan bersalam ngn suami di pagi raya x dapat digambarkan...ditambah dngn bakal orang baru dalam hidup kami ni...Semoga Allah memberkati dan merahmati hidup kami sekeluarga...Amin n Alhamdullilah.

Isnin, 14 September 2009

teringinnya nk mkn lemang

dah tinggal 1 hari..huhu...sedihnya

pagi ni awal2 lg dah muntah...dah tak tahan meloya.terpaksa la tinggal.sayangnya.