Jumaat, 26 September 2008

Hari Ni Nak Balik Kampung

Nak balik kampung dengan Amir...Tak tau nak betolak pukul berapa sebab hari ni dia masih di Ipoh. so maybe malam kut baru betolak.harap2 semuanya selamat.

Mat berhenti sekolah sara 8 adik

Utusan Malaysia, 26 September 2008


MENUNGGU BAJU RAYA... Mohd. Norshahrul Amri Anuar, (berdiri ) yang juga dikenali sebagai Mat kini terpaksa menjadi ketua keluarga menyara lapan adiknya, (dari kiri) Mastuti Nursiti Atikah, Ima Edayu, Mohd. Adam, Mohd. Wafi, Mohd Ellyas, Mohd. Ellyasaq, Nur Amisha dan Ahmad Danial (tiada dalam gambar) yang tinggal di bangsal membuat nira nipah milik datuk saudara mereka di Titi Bakong, Yan, Kedah, semalam.

YAN 25 Sept. – Tiada yang lebih membahagiakan hati seorang abang setiap kali tiba hari lebaran selain melihat adik-adiknya segak memakai pakaian baru.

Itulah yang dirasai oleh remaja berusia 14 tahun di Titi Bakong dekat sini yang sanggup berkorban meninggalkan alam persekolahan semata-mata untuk melengkapkan sambutan Hari Raya Aidilfitri buat lapan adiknya.

Mohd. Norshahrul Amri Anuar, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Yan di sini terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas bapanya dipenjarakan baru-baru ini.

“Walaupun saya kecewa dengan apa yang berlaku, sebagai anak sulung, saya berasa bertanggungjawab untuk menguruskan makan dan pakai adik-adik.

“Tak sanggup saya nak harapkan emak seorang diri menguruskan semua itu, tambahan pula adik-adik masih kecil untuk mengerti apa yang berlaku kepada keluarga kami,” katanya kepada Utusan Malaysia di rumahnya di Titi Bakong di sini.

Ekoran kedaifan itu, dia yang mesra dengan panggilan Mat terpaksa meninggalkan sekolah sejak awal bulan ini untuk bekerja sebagai kelindan lori dengan pendapatan harian RM10.

“Dengan pendapatan yang tidak seberapa, sedikit sebanyak ia dapat membantu emak menyediakan pakaian adik-adik tanpa hanya bergantung harap kepada ihsan jiran-jiran,” ujarnya.

Mohd. Norshahrul Amri, adik- adik dan ibunya hanya berteduh di sebuah bangsal membuat nira nipah milik datuk saudaranya.

“Walaupun bangsal ini tidak mempunyai sebarang kemudahan, ia sudah cukup membuatkan kami bersyukur kerana diberi tempat untuk berteduh,’’ ujarnya sayu sambil memandang ibunya, Norsidah Abu, 30.

Mohd. Norshahrul Amri juga terpaksa membantu ibunya menguruskan persekolahan empat adiknya iaitu Mastuti Nursiti Atika, 13; Ima Edayu, 11; Mohd. Adam, 9 dan Mohd. Wafi, 7.

Empat lagi adiknya ialah Mohd. Ellyas, 5; Mohd. Ellyasaq, 5; Nur Amisha, 3, dan Ahmad Danial, dua bulan.

Sementara itu, ibunya Norsidah berkata, jika diikutkan hati, dia tidak sanggup melihat Mohd. Norshahrul Amri berhenti sekolah untuk menyara mereka sekeluarga.

“Saya sering berkata kepadanya bahawa tempat dia adalah di sekolah dan bukannya di atas lori seperti sekarang.

“Tetapi dalam keadaan yang mendesak seperti ini, saya terpaksa membenarkan dia bekerja untuk mencari belanja makan dan minum kami terutama menjelang hari raya,” katanya.


Inasha: Ni dekat rumah aku. Nanti nak balik tanya apa sebenarnya yang berlaku.mak dia sebaya dengan aku. anak dah ramai dan yang sulung dah umur 14 tahun. Kahwin awal mak dia ni.Harap2 kemiskinan tidak dijadikan alasan untuk tidak menuntut ilmu.

Rabu, 24 September 2008

BAJU TERPAKAI UNTUK BERAYA...


IDRIS Kadir, 70, (kanan) dan seorang warga emas memilih baju terpakai sumbangan Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan di Pangkalan Chepa, Kota Bharu, semalam.

Pada ketika sebahagian besar umat Islam sibuk ke pusat membeli-belah untuk membeli pakaian baru untuk menyambut Aidilfitri, ada juga insan yang tidak bernasib baik membuat persiapan sekadar ada.

Begitulah gambaran yang dapat dilihat pada majlis pengagihan zakat di Kota Bharu, Kelantan, semalam, apabila ada warga emas leka memilih pakaian terpakai untuk persiapan berhari raya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA 24.09.2008

Inasha: kenapalah aku rasa sayu saja bila tengok gambar ni. Niat orang menyedekahkan baju terpakai memang baik. tapi yang menyebabkan aku rasa hiba bila melihat pak cik tua memilih longgokan baju terpakai. Rasa sayu saja...Alangkah baiknya kalau baju tu adalah baju baru.ataupun bagi saja duit atau bawa ke kedai beli baju baru. Macam yang dibuat selalu pada anak yatim.

Isnin, 22 September 2008

Selangor mahu masjid terus guna pembesar suara

KERAJAAN negeri Selangor mahu masjid-masjid di negeri itu terus menggunakan pembesar suara semasa menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan untuk menyebarkan syiar Islam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, kerajaan negeri tidak menerima sebarang bantahan daripada mana-mana kumpulan ataupun persatuan penduduk mengenai penggunaan pembesar suara oleh masjid untuk melaungkan azan ataupun dalam ceramah-ceramah.

Sumber: Utusan Malaysia, 22 September 2008

Jumaat, 19 September 2008

Ketulusan Hati


Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

anuar zain

Selasa, 16 September 2008

Seminggu Yang Menggembirakan....

Dari Isnin lepas sampailah ke bertemu Isnin, sudah seminggu aku keluar dengan dia.Dan yang paling best sekali dah dua kali dapat berbuka bersama-sama dengan dia di masjid KLCC. Semalam pun berbuka di masjid KLCC dan terus sembahyang terawih. Pukul 9.30 baru habis solat terawih.
Hari sabtu lepas kami berbuka puasa dengan rakan baik dia di Bagan Lalang. Terasa macam nak ke sana lagi. Makanan kat situ pun best dan harganya pun reasonable. Harap-harap dapatlh ke sana lagi dengan dia.

CATATAN SEMINGGU DENGAN MY AMIR

Isnin- berbuka di Alamanda
Selasa- Berbuka di Taman Tun
Rabu-Ke Sunway Piramyd selepas berbuka puasa...jalan2 window shopping
Khamis-Berbuka di Masjid KLCC
Jumaat- Berbuka di Kelana Jaya dengan Kawan Amir
Sabtu- Di Bagan Lalang dengan kawan Amir
Ahad- Keluar jalan2 selepas berbuka di rumah. ke subang taipan kut...
Isnin- Berbuka di masjid KLCC dan terawih sekali....

Jumaat, 12 September 2008

berbuka puasa dengan...

Hari ini kawan Amir ajak berbuka puasa sempena pembukaan syarikat baru. So maybe kami akan berbuka di syarikat kawan Amir di Kelana Jaya...

Berbuka Puasa Dengan My Amir...

Rancangan awal nak berbuka puasa di Bangsar tetapi last minute bertukar ke KLCC.Kami berbuka di taman KLCC berdekatan dengan masjid.Sebab sampai awal dapat la tengok persembahan tradisional di sana. Cantik juga view nya.



Waktu menunggu untuk berbuka sempatlah ambil gambar view dan kami berdua sebagai kenangan bersama.Sangat cantik..emm.Bahagianya kalau setiap hari macam ni.



Seperti biasa berbuka dengan makanan ringan dulu. Sebab selepas tu kami akan solat dulu...barulah makan dengan penuh feel..maksudnya dapat makan dalam keadaan selesa dan tidak tergopoh gapah.Dapatlah sembang panjang2. Itu perancangan awal.
Menu ringkas kami sebelum berbuka ialah kek gula hangus yang dibeli di Armcorp tengah hari semalam,bubur lambuk percuma yang aku dapat semasa nak balik dari ofis..diberi dihadapan ofis semasa menunggu Amir. Roti Boy kesukaan Amir. Minuman pula air kosong n soya...Bolehlah nak alas perut sebelum solat dan makan selepas tu.
Memang lain rasanya dapat berbuka dengan orang yang disayangi...Berbuka puasa dengan penuh kasih sayang....Dalam erti kata lain praktikal kearah menjadi isteri yang baik..hehe.Beranganlah pulak aku ni.
Dah sudah berbuka kami pun gerak ke masjid untuk solat dan bercadang untuk makan di restoren nasi kandar berdekatan KLCC selepas tu. Rupanya di masjid ada diberi makanan kepada orang ramai untuk berbuka puasa.Dan akhirnya kami pun mengambil berkat dengan makan di situ selepas bersolat. Ok jugak lah lauk daging dan sambal belacan yang disediakan.

Sedap...lagi sedap sebab dapat makan dengan Amir. Dan rancangan kami untuk ke restoren nasi kandar dibatalkan kerana dah kenyang pun...
Aku berharap dapat merasai suasana berbuka puasa di masjid ni lagi dengan Amir..
Dan selepas tu, sambung tengok view tasik KLCC sambil makan ais krim Mc D.

Kalau dengan Amir ni buat apa pun tetap rasa suka dan gembira saja sebab hati dah sayang.

Rabu, 10 September 2008

kampungku...YAN


Rojak kat pantai murni sedap...tapi bukan dari lori ni...yang lagi satu...sebab kuah rojaknya dibuat sendiri.









Kalaulah petang2 datang lepak dengan some one special...bestnya...bila lah sidia ni nak jadi orang Yan..Nanti boleh hari-hari datang lepak kat sini sambil makan rojak dan ABC...Sedapnya..nyam..nyam..

Tugu Cinta Kami..hehe..


semalam singgah minum di restoren syed dekat dengan pejabat lepas berbuka puasa...lepas tu order roti tisu...sekali tengok balik gambar ni macam tugu cinta kami la pulak...siap ada bendera lagi
Macam2 la bila hati dah sayang...ada2 ja aku ni...
kat sini lah kali pertama aku jumpa dan lunch dengan my Amir..

Break Fast With My Sayang...

Kalau hari isnin aku dan Amir berbuka di Alamanda, semalam pula berbuka di sebuah restoren dekat dengan Ikea.Harap hari ni dapat aku masakkan sesuatu untuk berbuka dengannya...Hati perempuan ni mudah tersentuh...Semalam semuanya menjadi lebih jelas dan tidak samar2 lagi. tiada lagi persoalan yang bersarang dihati...jelas, clear, sudah terang lagi bersuluh.
Yang membuatkan aku yakin dan semakin percaya kepadanya ialah sikap jujur dan ikhlas..
Yang pasti aku telahpun mendengar luahan rasa dan menerima huluran tangan darinya sehingga sampai jauh kedalam sudut hati ini.very touching...
getaran daripada sentuhan itu masih lagi terasa sehingga sekarang...begitu panas dan rasa berat didada ni...kuat sungguh kesan sentuhan ni.
Sah...aku bakal menjadi miliknya secara official..hehe.I willbe mrs. Amir...Harap2 impian menjadi kenyataan.Semoga doa aku setiap waktu menjadi kenyataan...Amin

Isnin, 8 September 2008

Kali Pertama Berbuka Puasa Dengan Seseorang Yang Istimewa...

Petang ni baru berkesempatan untuk berbuka puasa dengan si dia..setelah 8 hari berpuasa baru hari ni ada peluang. Banyak lagi yang kami rancang bersama yang masih belum terlaksana.Harap2 apa yang dirancang akan menjadi kenyataan dan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.
Asalkan yang terbaik untuk diriku dan dia...

Khamis, 4 September 2008

Pilihanku Adalah Yang Terbaik Untukku...Tidak Salah Lagi

Inilah jalan yang aku pilih..walau apa juga dugaan yang menimpa akan ku hadapi dengan penuh tabah...kerana aku yang memulakannya dulu. Inilah yang terbaik untukku.