hati mot dan hati mei
Hati...
Nah, ambil la benda ni Mei.
Apa ni Mot?
Ini adalah hati. Hati Mot.
Hati Mot? Hmm..kenapa Mot sudi kasi kat Mei?
Sebab Mei dah jadik sebahagian dari Mot. Mei lebih dari seorang kawan dan kekasih...
Terima kasih.....Ianya bererti.
Mei terlalu menghargainya.
Oh ye ke...tapi maaf Mot.
Untuk apa maad itu Mei ?
Sebab, hati Mei tak boleh diberikan sepenuhnya seperti Mot. Cuma sebahagian saja...yer..
Maksud Mei?
Mei pernah beri hati Mei kat orang lain juga.
Dan Mei tak pernah beri kesemuanya.
Mei takut Mei tiada hati untuk diri Mei sendiri.
Mungkin Mei takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati Mei ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.
Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya. Ia juga berubah mengikut rentak hidup mot dan mei. Rentak perasaan orang yang mei beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya.
Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa. Dan Mot adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri Mei terlalu percayakan Mot.
Mot insan terpilih?
Ya, Mot insan yang terpilih.
Hati mei ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh mei.
"Musuh", mungkin terlalu kejam untuk mei memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-rubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.
Hati mei hanya tinggal sebahagian sahaja.
Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun mei hanya pinjamkan sekejap.
Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan.
Ada yang sudi berikan sebahagian hatinya pula sebagai ganti. Dan jika mot nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik!
Cuma satu saja yang mei tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Adakalanya mengambil masa yang lama untuk itu. Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...sehingga hatinya pulih seperti sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu indah kembali.
Erm seperti yang terjadi sekarang yer mei? mot tak mengerti...
sebab mot dah bagi sepenohnya hati mot pada mei....
Itu yang mei katakan tadi mot mungkin tak menjagi hati mei dengan sebaik baiknya.
Tapi.... tapi mei, mot akan mati kalau Mei mengambil semula hati Mei...Sebab Mot telah bagikan semua hati mot pada Mei...
Jangan buat Mot mati Mei, Mot merayu...tolong jangan.. jagalah hati Mot dengan baik...walaupun sekarang ni Mot tengok hati mot yang tadi Mot bagi dah dijangkiti penyakit... Mei jagalah hati Mot rawatlah dia.....
***yang ni aku ambil dari laman friendster sapa tah...guna dulu minta kemudian