Waktu menunggu untuk berbuka sempatlah ambil gambar view dan kami berdua sebagai kenangan bersama.Sangat cantik..emm.Bahagianya kalau setiap hari macam ni.
Seperti biasa berbuka dengan makanan ringan dulu. Sebab selepas tu kami akan solat dulu...barulah makan dengan penuh feel..maksudnya dapat makan dalam keadaan selesa dan tidak tergopoh gapah.Dapatlah sembang panjang2. Itu perancangan awal.
Menu ringkas kami sebelum berbuka ialah kek gula hangus yang dibeli di Armcorp tengah hari semalam,bubur lambuk percuma yang aku dapat semasa nak balik dari ofis..diberi dihadapan ofis semasa menunggu Amir. Roti Boy kesukaan Amir. Minuman pula air kosong n soya...Bolehlah nak alas perut sebelum solat dan makan selepas tu.
Memang lain rasanya dapat berbuka dengan orang yang disayangi...Berbuka puasa dengan penuh kasih sayang....Dalam erti kata lain praktikal kearah menjadi isteri yang baik..hehe.Beranganlah pulak aku ni.
Dah sudah berbuka kami pun gerak ke masjid untuk solat dan bercadang untuk makan di restoren nasi kandar berdekatan KLCC selepas tu. Rupanya di masjid ada diberi makanan kepada orang ramai untuk berbuka puasa.Dan akhirnya kami pun mengambil berkat dengan makan di situ selepas bersolat. Ok jugak lah lauk daging dan sambal belacan yang disediakan.
Sedap...lagi sedap sebab dapat makan dengan Amir. Dan rancangan kami untuk ke restoren nasi kandar dibatalkan kerana dah kenyang pun...
Aku berharap dapat merasai suasana berbuka puasa di masjid ni lagi dengan Amir..
Dan selepas tu, sambung tengok view tasik KLCC sambil makan ais krim Mc D.
Kalau dengan Amir ni buat apa pun tetap rasa suka dan gembira saja sebab hati dah sayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan