Isnin, 20 Oktober 2008

Berubah

perubahan perlu ada dalam kehidupan. tapi kalau sesuatu perubahan tersebut membawa keburukan dan menyusahkan diri sendiri, kenapa perlu diteruskan? kadang2 bila tidak berubah dan statik bermaksud tiada sesuatu yang baru dalam hidup. tiada kemajuan.
berubah untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya memerlukan pengorbanan yang maha besar. keinginan untuk berubah menjadi lebih baik sentiasa ada.tetapi bila diduga sesuatu...kadang2 tak termampu menghadapinya.walaupun baru setapak langkahku untuk membuat perubahan.lebih menakutkan apabila melihat contoh2 yang berada disekeliling. sangat2 menakutkan.Sehingga timbul keinginan untuk mengundurkan semula setapak langkahku yang dimajukan kehadapan.Tapi sayangku semakin mendalam kepada perubahan baruku ini.Harap, aku semakin jelas dan nyata terhadap perubahan baruku ini dan dapat mengatasi segala dugaan,cabaran,dan halangan yang mendatang.semoga Allah memberkati segala usaha hambanya ini agar menjadi lebih mudah dan lancar.AMIN...

Tiada ulasan: