Semalam selepas meeting saja terus aku ke komuter Angkasapuri untuk bertemu Amir. Kali pertama aku yang berusaha sendiri nak jumpa dia. Selalunya aku tunggu dia datang jemput di rumah atau di tempat kerja ataupun sekitar ofis saja. Dengan penuh bersemangat aku tunggu komuter di Angkasapuri sekitar jam 6.30 petang. Nasib baiklah train cepat sampai.tak sampai pun 10 minit aku tunggu. Train dari Klang ke Sentul tak ramai orang. Aku turun di KL Sentral, hanya satu perhentian selepas Angkasapuri kerana perlu tukar train ke Rawang. Tapi di KL Sentral memang ramai orang.
Seperti biasa bersesaklah aku dalam train tu macam tin sardin..Nasib baiklah aku dapat duduk di stesen Kuala Lumpur. Selamatlah sikit.
Selepas 6 stesen aku pun sampai ke stesen Sungai Buluh, sekitar pukul 7.15 mlm. Ramai juga orang yang turun di sini. Perjalanan jauh yang aku tempuh dengan menggunakan train, yang ramai orang dalam setengah jam memang memenatkan. Tapi disebabkan nak jumpa awal dengan Amir, sanggup saja aku redah. Walaupun selalu saja aku merungut waktu naik train yang padat macam tin sardin,ramai orang pada waktu pagi, sebulan sekali, sewaktu nak pi ke perhimpunan bulanan.
Semalam kami makan western food di Uptown Damansara. Sedap juga...nyum..nyum... Lepas tu kami ke The Curve ...jalan2...Macam biasa balik lewat ke Istana Kayangan aku tu..Desa Mentari..hehe.
Harap2 hari ni dapat jumpa dan keluar lagi dengan Amir ni.NAK KELUAR JUGAK..dapat tak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan