12 April 2009
Enam terbunuh dalam kemalangan yang melibatkan sebuah bas ekspres dua tingkat milik AB Express dalam perjalanan dari Changlun, Kedah, menghala ke ibu negara. Kemalangan berlaku di Kilometer 443, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Rawang.
6 Januari 2009
Seorang pemandu bas ekspres maut manakala dua yang lain cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah bas ekspres bertembung di kilometer 101, Jalan Betong-Sarikei dekat Dabok, Betong.
7 Disember 2008
Sepuluh penumpang bas ekspres Super Nice Crassland maut apabila bas yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 146.5, Lebuh Raya Utara- Selatan berhampiran Pagoh, Johor.
4 Oktober 2008
Seorang pemandu bas maut manakala lapan penumpang cedera apabila sebuah bas tambahan Hari Raya Aidilfitri merempuh tembok konkrit pembahagi laluan Touch & Go Plaza Tol Skudai.
8 Jun 2008
Dua pemandu bas ekspres maut, tiga penumpang parah dan 16 lagi cedera ringan apabila kenderaan itu terjunam ke dalam sungai di Kilometer 12, Jalan Lipis- Merapoh di Kampung Banpong Relong, Kuala Lipis.
13 Ogos 2007
Seramai 20 maut, 8 cedera parah manakala seorang cedera ringan apabila bas ekspres berusia 20 tahun yang mereka naiki terhumban ke parit sedalam 5 meter di kilometer 229.1, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang.
9 Mac 2007
Enam penumpang sebuah bas ekspres terbunuh manakala 20 yang lain cedera parah apabila bas berkenaan terbabas dan terbalik ke dalam sebuah gaung di kilometer 254, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran kawasan rehat dan rawat Sungai Perak.
2 Mac 2007
Dua maut, manakala 18 cedera parah setelah salah sebuah daripada lima rombongan 230 ahli UMNO Bahagian Maran, Pahang untuk berkursus di Langkawi terbabit dalam kemalangan di kilometer 89.7, Lebuh raya Utara Selatan dekat Gurun. Mangsa yang terbunuh ialah Naib Ketua Bahagian Maran, Pahang, Datuk Saiful Bahari Mokhtar, 50, yang duduk di bahagian kiri tepi pemandu dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Sentul, Maran, Mohd. Kamal Idris, 50.
30 Julai 2006
Sebelas penumpang maut, manakala 35 lagi cedera termasuk 9 parah dalam nahas ngeri apabila sebuah bas persiaran membawa 46 penumpang terbalik sebelum terbabas ke dalam paris di Kilometer 160.8, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Jawi, Nibong Tebal. Nahas berlaku ketika bas itu dalam perjalanan membawa semua penumpang menghadiri upacara terakhir perayaan St. Anne di Gereja Bukit Mertajam.
Sumber: Utusan Malaysia, 14 April 2009
_____________________________________
5w1h berlegar diruang fikiran aku ni.Yang pasti perkhidmatan pengangkutan awam semakin teruk dan tidak mampu menampung keperluan. hem...what to do? ; (
Tiada ulasan:
Catat Ulasan