Khamis, 21 Ogos 2008

Pertandingan bunga api...



Semalam ada pertandingan bunga api di Putrajaya.Kali ni team Canada yang mengambil bahagian. Saya n kawan sampai ke dataran putrajaya..depan masjid hampir pukul 9.30. Sepatutnya pertunjukan tu bermula pukul 9.30. Tapi seperti yang si nurulll kata...memang mula lewat. Pukul 10 baru start.




Ramainya orang di dataran...terutamanya family yang bawa anak2..Dan pertunjukan bunga api tu memang best..colourful.Bagus jugak melihat pertunjukan bunga api ni dengan KAWANKU ini.





Sempatlah ambil gambar...walaupun tak jelas sangat.ambil gambar bunga api tu saja.KAMI..belum bersedia lagi..So nak upload gambar pun tak boleh sebab lupa nak bawa card reader..tunggu ja lah minggu depan.Pertunjukan bunga api ni selama 20 minit sahaja...menunggu yang lama. Tapi bila dah borak ngan DIA tak sedar pulak masa berlalu. Seperti biasa sampai rumah lewat...pukul 12 lebih.

....Aku ada bagi buah tangan yang mak bawa dari kampung untuk DIA..DIA menghargainya-Ok
....Dan aku ada bagi juga sesuatu untuk DIA...dia amat2 menghargainya dan ingin menyimpannya di tempat yang istimewa- sesuatu yang tak disangka DIA akan berkata sedemikian. Bimbang sekadar kata2 saja...

Tiada ulasan: