Sabtu, 16 Ogos 2008

Kali Pertama Dating Dengan Seseorang Yang Istimewa

Kawan ni baru saja kenal, tapi oleh sebab berasal dari utara dan kami mempunyai nostalgia yang sama...jadi adalah tidak salah sekiranya memberanikan diri keluar dengannya semalam.
Memang sangat-sangat diakui yang baru sangat kenal dia, tapi sebab dia ni terlalu lurus (maybe) saya banyak tahu tentang dia lebih daripada dia tahu tentang saya.Maklumlah dah namanya pun saya bertugas di BPMS...maklumat diperoleh dengan sebaik mungkin. So kalau lah jadi apa-apa semalam atleast saya dah ada nombor telefon mak dan ayah dia di kampung.
Hari Khamis, 14 Ogos saya ajak dia makan,dan petang tu dia pulak ajak saya tengok teater pada hari Jumaat. Kesungguhan membeli tiket teater pada pagi Jumaat sangat mengharukan hati kecil seorang perempuan seperti saya ni.Ye ke? Ikhlas saya katakan saya memang rasa terharu dan kesian jugak kat dia dengan kesungguhannya tersebut. Walaupun kadang2 terfikir jugak..betul @ tidak tindakan keluar dengan kawan saya ni.Walaupun baru sangat2 kenal dengan dia.



Dan saya tahu, dunia kami berbeza...Tapi selagi tidak melakukan sesuatu yang salah, It's ok for me...



Teater semalam pun menghiburkan dan memberi mesej yang amat kuat kepada audience..dah namanya teater muzikal Ibu Zain. Sarat dengan nilai sejarah, mesej, muzikal dan nilai estetik dalam persembahan teater. Teater ni bermula pukul 8.30 malam dan berakhir pukul 11.30 malam. Tiga jam tu tengok teater... Lama juga time duration teater ni...Pada anggapan kami, teater ni habis pukul 10 malam. Mungkin juga kerana teater ni adalah berkonsepkan sejarah, jadi masa persembahan adalah lebih lama berbanding teater lain.
Tapi ok lah sebab walaupun beli tiket yang paling murah dan kerusi pun kat belakang dan atas...



Oleh sebab teater muzikal berkonsepkan sejarah dan bukannya cinta, jadi tak ramai yang membeli tiket first dan second class, so kami berpeluang lah duduk di kerusi antara barisan hadapan.
Dan seperti yang telah diduga...memang dalam dewan tu sejuk sangat..nasib baik bawa selendang...so selamat dan selesa lah sepanjang tengok teater ni...Tapi kesian pulak kawan saya.. ; )
Dan bagi kami berdua..ini adalah permulaan awal dalam membuat perkara baru yang tidak pernah di buat sebelum ini...asalkan baik sahaja bagi ku..

Tiada ulasan: